Monday, August 31, 2009

MERDEKA! | Ahad, 6th SEPTEMBER 8PM - Show Raya di The Curve bersama Shila OIAM2 | Muzik Video terbaru IZ | Penglibatan IZ dlm projek runut bunyi

MERDEKA, MERDEKA MERDEKA! MERDEKA!
Pertama sekali, IZ mahu mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada. IZ ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada mereka yang beragama Islam. IZ minta maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan blog ini sekerap yang boleh. Terhasilnya muzik video bagi lagu Gonna Be Alright dan Hui Hao De (会好的 Versi Mandarin) adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 yang disambut hari ini. Ianya berkonsepkan Satu Malaysia (One Malaysia) dan diserikan dengan penampilan istimewa selebriti-selebriti tempatan pelbagai bangsa seperti Dynas Mokhtar, C. Loco, Ben Ibrahim, Amber Chia, Isma Yusoof, Suki, C. Loco, Soo Wincci & ramai lagi.

IZ berasa amat teruja & terharu dengan terhasilnya 2 muzik video ini terutamanya dengan selebriti-selebriti yang sudi meluangkan masa melibatkan diri. Tahniah kepada mereka. IZ juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ZAAF Productions yang sudi menaja pembikinan muzik video IZ dan juga kepada krew-krew belakang tabir yang terlibat. Thank you guys!

KLIK DI SINI untuk lebih byk lagi gambar2 eksklusif

[MELODI RAYA 09: Shila OIAM2, Syada, IZ OIAM2, Ben Ibrahim, Azyza, Chrissy Koh]
P/s: IZ akan mengadakan persembahan di Hari Raya Celebration Show, The Curve (Centre Court) Damansara pada Ahad, 8 Malam, 6 September ini bersama-sama Shila OIAM2. Jangan lupa jemput datang ye?


Sempena sambutan bulan Ramadhan ini juga, IZ berkesempatan memenuhi beberapa jemputan buka puasa sekitar KL di mana IZ berpeluang meluangkan masa bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik. Melihatkan keadaan mereka, IZ berasa amat bertuah kerana keadaan hidup mereka jauh lebih mencabar jika dibandingkan dengan keadaan IZ sendiri.
Baru-baru ini, IZ telah dijemput ke majlis buka puasa anjuran Majalah EH! & Hotel Nikko di mana IZ mendendangkan lagu ‘SUASANA HARI RAYA’ secara duet dengan seorang pendatang baru berbakat, Azyza.

[MELODI RAYA 09: Nadia AF, IZ OIAM2 & Azyza. KLIK DI SINI untuk gambar2 eksklusif]
IZ juga berkesempatan menghadirkan diri ke proses rakaman Melodi Raya 2009 yang dihadiri ramai artis-artis tempatan baru & lama. Wah! Memang seronok. Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis dari Indonesia & Singapura. Keadaan terasa sungguh meriah pada malam rakaman yang telah diadakan di Sunway Lagoon Resort baru-baru ini. Seronok apabila dapat berjumpa rakan-rakan industri yang lain. Terima kasih Melodi!

RANCANGAN TERBARU
Seperti yang telah diketahui ramai, baru-baru ini IZ telah dilantik sebagai ikon Kempen Kesedaran Internet anjuran bersama CyberSecurity Malaysia dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) di mana IZ terpaksa mewarnakan rambut dari hitam ke merah. IZ juga tidak lama lagi akan ke Mumbai, India selepas menyambut Syawal nanti untuk menjayakan majlis pelancaran runut bunyi sebuah filem di India yang bertajuk The Successor: Private & Confidential yang akan dipasarkan ke seluruh dunia. IZ amat bersyukur kerana lagu IZ, 'Gonna Be Alright Remix Feat. C.Loco' telah terpilih untuk dimuatkan di dalam runut bunyi sebuah filem antarabangsa. IZ mendapat undangan pihak Metro Brava/Films metrofilms.co.in untuk turut serta di dalam rangka promosi besar-besaran filem ini yang akan diadakan di bandar-bandar utama sekitar India. Rangka promosi ini juga melibatkan kumpulan pemuzik & artis-artis dari America, Australia, & India seperti 'Beautiful Small Machines' (USA), Koshowko; X & Hell (Australia) serta Junkyard Groove (Chennai, India) dan Mo Boucher (Hyderabad, India). Kemungkinan besar kami akan ke Cannes & juga seluruh Asia dalam memenuhi rangka promosi ini. Doakan kejayaan IZ ok?

P/s: Nantikan muzik video terbaru IZ bagi lagu 'Bersama Together Feat. Nora Danish' yang akan ditayangkan tidak lama lagi akhir bulan September 2009 di ASTRO Channel 180, serta RTM1 & RTM2. Jangan lupa untuk melawat Facebook Fanpage IZ!

No comments: